Ciri-Ciri Autisme

Jamila K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istiemwa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam bidang iaitu:

1. Komunikasi

a .Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung

b .Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yangdiperkatakan oleh orang lain

c .Jarang menggunakan bahasa

d .Sukar diajak bercakap

e .Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja

f .Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan

g .Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami

h .Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu

2.Interaksi Sosial

 a  .Suka bersendirian

b .Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain

c .Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan

d .Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut

3. Gangguan Deria

 a .Sensitif pada sentuhan

b .Tidak suka dipegang atau dipeluk

c .Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga

d .Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

e .Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut

4. Pola Bermain

 a .Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya

b .Tidak suka bermain dengan rakan sebaya

c .Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya

d .Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas

e. Apabila menyukai sesuatu benda terus dibawa ke mana-mana sahaja

Leave a comment

Leave a comment