Kepentingan Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran

 

Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi banyak memberi manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi pelajar – pelajar bermasalah pembelajaran ini . Antara kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut :

 
• Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran .
• Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
• Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
• Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan    kaitannya dengan kehidupan seharian.
• Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
• Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
• Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
• Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA . USAHALAH SELAGI MAMPU. INSYA-ALLAH, KEJAYAN MILIK KITA. 🙂

hope

Ciri-Ciri Umum Bermasalah Pembelajaran

Kanak – kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai beberapa ciri – ciri umum untuk menggambarkan peribadi mereka . Dari aspek kognitif , pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan , perhatian , ingatan dan pemikiran atau pengolahan . Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran .

Manakala , ciri akademik berlaku dalam kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca , lisan , tulisan dan matematik . Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapai masalah membaca . Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan . Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia . Selain membaca , pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi , morfologi , susunan kata dalam ayat ( syntax ) dan pragmatik . Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang disampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya . Manakala, masalah kemahiran menulis dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau pensil ketika menulis dengan tangan , menulis huruf yang berlainan saiz , kelemahan dalam mengeja dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks .

Seterusnya ialah ciri sosial dan emosi . Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka . Pelajar bermasalah pembelajaran ini dikenalpasti mempunyai kemahiran sosial yang lemah . Mereka sukar untuk mencari kawan , diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru . Mereka kurang mempunyai teman – teman dari kalangan kanak – kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serat mengekalkan hubungan . Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif  serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk dicontohi .  Akibatnya , harga diri ( self – esteem ) mereka akan rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan dalam usaha mereka berinteraksi dengan orang lain . Kadang kala hal ini akan menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakitkan orang lain .  Selain daripada itu , kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar .

Ciri umum pelajar bermasalah pembelajaran yang seterusnya ialah ciri tingkah laku . Sebahagian besar pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan , mudah terganggu , terlalu aktif dan resah , tidak mengikut arahan dan sebagainya . Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini disebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti ( ADHD ) . Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru , ibu bapa dan pelajar lain . Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar .

Ciri yang berikutnya ialah dari segi pengurusan diri . Kanak – kanak bermasalah pembelajaran ini lebih cenderung untuk bergantung pada diri sendiri daripada orang lain dalam membuat keputusan .

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM .. 🙂

au2

Faktor-Faktor Bermasalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran ini  boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama yang boleh menyebabkan masalah pembelajaran ialah kecederaan otak . Kecederaan otak ini boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah , dijangkiti demam campak atau merokok . Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran bayi seperti kekurangan oksigen . Selepas kelahiran , kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas , hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis .

Faktor kedua pula ialah keturunan .  Terdapat banyak kajian menunjukkan keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran . Penyelidik mendapati bahawa kira – kira 30 hingga 50 % kanak – kanak menghadapai masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu bapa atau kedua – duanya menghadapi masalah pembelajaran . Ini menunjukkan bahawa masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya .

Faktor seterusnya ialah ketidakseimbangan biokimia . Ketidakseimbangan biokimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah .

Faktor yang berikutnya ialah faktor persekitaran . Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang , keadaan rumah yang tidak selesa dan hubungan ibu bapa dengan anak – anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan kanak – kanak . Oleh itu , setiap kanak – kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan .

 

ANAK ADALAH ANUGERAH..

ANAK ADALAH AMANAH..

ANAK JUGA UJIAN DARI ALLAH.. 🙂

 

Notice some signs of Learning Diasbility

” Building their tomorrows, today” . Itulah kata-kata yang harus disematkan dalam jiwa para pendidik khususnya guru pendidikan khas. Tidak mudah untuk mengendalikan pelajar-pelajar istimewa ini , namun kita harus menguatkan semangat untuk membantu mereka mengenal erti hidup yang sebenar seperti pelajar normal yang lain.

Apa itu “Masalah Pembelajaran” ??

Dalam tahun 1980-an , istilah ‘masalah pembelajaran’ mula digunakan bagi menggantikan istilah ‘cacat akal’ . Penggunaan istilah masalah pembelajaran diperkenalkan melalui Laporan Warnock bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas . Menurut   Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 1997 , masalah pembelajaran boleh didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

Antara kategori masalah pembelajaran :

SINDROM DOWN                                                                                         HIPERAKTIF                                              

sindrom down                                                                          

  DISLEKSIA                                                                                                   CEREBRAL PALSY

images                                              

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakan mereka berinteraksi ( Nind dan Hewett 1998) . Oleh itu guru-guru haruslah mengenal pasti cara murid itu berinteraksi dan dapat menadaptasikan proses P&P yang sesuai untuk mereka . Kanak- kanak dengan masalah pembelajaran sering mengalami beberapa ketidakupayaan di sebalik kecacatan yang sememangnya dihadapi dan memerlukan sokongan daripada pelbagai pakar.

 

Ini adalah video untuk menceritakan dengan lebih lanjut mengenai ” apa itu masalah pembelajaran “.. Jom tengok.. 🙂

 

Sharing is Caring.. :)

Selamat Datang..!! Selamat Datang !! ke ruangan saya ini . Ruangan ini dibuat untuk memenuhi kursus GE2153 , Teknologi Pendidikan , Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia . Di samping itu , dapatlah kita bersama-sama berkongsi maklumat yang diperolehi agr kita sama-sama dapat majukan lagi potensi diri kita . Sharing is caring right? 🙂 . Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan bersama-sama rakan sekalian . 🙂 .

Sebelum itu , biarlah saya ceritakan serba sedikit mengenai ruangan ini . Ruangan ini adalah berkisar mengenai tajuk ” Masalah Pembelajaran ” . Masalah pembelajaran ini adalah salah satu kategori dalam pendidikan khas . Dalam ruangan ini juga , saya akan memfokuskan mengenai satu kategori yang lebih spesifik dalam masalah pembelajaran iaitu AUTISME . Haaaa.. ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai tajuk saya ini?? Jom kita sama-sama menerokai alam autisme ini..

Selamat membaca sahabat.. 🙂

SEMANGAT YANG KUAT MAMPU MENGATASI APA SAHAJA CABARAN YANG DATANG.. 

LEARN from yesterday , LIVE for today , HOPE for tomorrow.. ^_^

This entry was posted on October 15, 2012. 1 Comment